Tuesday, November 29, 2011

Gadis Kawasaki (babak 3) [sekolah baru sekali sahaja]

Ketika menunggu giliran bagi melakukan praktikal menunggang motosikal, pandangan Neyta terhenti pada seorang mamat yang sedang melakukan praktikal motosikal berkuasa tinggi. Macam Fizi, tapi tak mungkinlah, dia kan menetap jauh dari kawasan sini. Bersoal jawab Neyta sendirian. Neyta Farzana. Laung pekerja pusat memandu sekali sahaja itu dengan lantang. Neyta mengangkat punggungnya lalu menuju ke motosikal yang keadaannya bagai hidup segan mati tidak mahu. Neyta memakai topi kaledar yang buruk lagi berbau dengan penuh kesabaran. Lakukan yang terbaik sayag, jangan kecewakan selendang aku yang dah melekat bau masam ni. Pesan Neyta kepada motosikal yang berpuluh tahun itu. Neyta tidak rasa gementar sedikit pun, kerana dia sudah biasa menunggang motosikal dirumahnya. Neyta berhenti bagi menunggu giliran membuat brek kecemasan, dia terpaling ke arah Fizi yang dikatakannya sebentar tadi. Mamat yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu pun tersenyum. Sah! Memang Fizi. Cetus hatinya. Mengapa pula dia ada disini, ketika aku menunggang kuda pula tu. Hati Neyta bersuara lagi. Selepas menghabiskan 10 pusingan di dalam litar, Neyta melakukan double stand sebagai penutup praktikalnya hari ini. Sedang dia memijak tongkat dua itu, DEBANG! Apahal la kau jatuh moto?. Soal Neyta. Datang Fizi menolong Neyta mengangkat motosikal yang terbalik itu. Kau ok Neyta?. Soal Fizi sedangkan Neyta tidak apa-apa. Lah, yang terbalik moto, bukan aku, haish!. Hati Neyta bersuara dan tersenyum. Terima kasih. Balas Neyta. Sama-sama. Jawab Fizi ringkas. Baru babak percintaan ala-ala derama korea dalam salji di tengah petang hendak bermula…..aiyoo adik, longkat lua pun lagi boleh latuh ka?. Apa pasai lagi ada angau meyh?. Bising apek cina yang bertugas ketika itu. Fizi tersenyum. Aku balik dulu Neyta. Fizi bersuara. Eh jap, jom la minum dulu kat kafe, lagi pun ada hal yang nak dibualkan. Terang Neyta. Boleh juga, Fizi menjawab dengan muka gembira. Neyta menghirup susu berperisa cokelat cap dutch lady dan memulakan perbualan. Kau dah lama ka meminati motosikal besar ini?. Dari aku tingkatan tiga lagi, lagipun papa aku memilikinya dirumah. Terang Fizi. Kau tak nak ambil lesen ni?. Boleh la kau tunggang motosikal papa aku kelak. Sambung Fizi. Teringin pula aku bila tengok kau tunggangnya tadi, tapi nanti apa pula kata orang tua aku ?. Balas Neyta. Kau janganlah beritahu keluarga kau. Fizi memberi idea jahatnya.  Kalau apa-apa jadi dekat aku kau tanggung?. Soal Neyta. Fizi terdiam. Pon…Pon…Pon… Neyta aku balik dulu ya, maaf la tak sempat nak borak panjang, van sudah sampai. Fizi sempat melambai sebelum van bergerak pergi. Neyta pula bergerak ke tapak praktikal kereta. Keesokan harinya, Neyta mendaftar bagi mengabil lesen B (full) tanpa pengetahuan orang tuanya. Dia juga berharap agar Fizi tidak akan tahu hal ini, sedangkan ianya mustahil kerana mereka belajar di pusat yang sama. Beberapa bulan berlalu, kini Neyta ialah pemegang lesen kelas B dan D yang sah tetapi masih dalam tempoh percubaan. Oleh sebab Neyta mahu merahsiakan perkara lesen motosikal berkuasa tingginya dari Fizi, sekarang baru dia sedar bahawa pertemuannya dengan Fizi tempoh hari adalah yang pertama dan terakhir  di puasat memandu sekali sahaja. Mungkin tiada jodoh. Papa, ini lesen Neyta. Boleh Neyta pandu kerata papa?. Soal Neyta setibanya dirumah. Tengok sini. Minta papanya. Dengan perasaan teruja Neyta memberikan lesennya. Aduh! B (full), mati aku. Hati Neyta gelisah. Lawa la anak papa dalam lesen ni. Puji bapa kesayangannya. Malam nanti kita keluar Neyta pandu. bapanya bersuara seperti biasa. Neyta hairan. Tengok gambar ja ka ?. Selamat aku. Neyta menarik nafas lega.  

No comments:

Post a Comment