Tuesday, November 29, 2011

Gadis Kawasaki (babak 1) [bye kain biru hey seluar jeans]

Yeah! Sukanya dah habis SPM. Neyta keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman kecil dibibir. Apa yang kau senyumkan Neyta ?. Soal Meeza. Seronkonya dah habis SPM, macam baru hilang beban melukung seekor gajah, haha. Jawab Neyta riang. So, kau boleh jawab la tadi?. Fizza muncul dari belakang. Alhamdulillah, semua boleh, tapi tak tahu la betul ke tidak. Balas Meeza, seolah-olah dia yang disoal Fizza. Neyta tersenyum dan bersuara. Sudah dijawab soalan tu oleh minah kepoh seorang ni. Oiii, makan jom, lapar la. Tegur Deana yang sedang membetulkan tali beg di bahunya. Makan je kerja kau kan?. Soal Fizza sambil bola matanya dibeliakkan. Yes, meraikan freedom. Jawab Deana semangat sambil tangannya digemggam ke atas. Hari ni aku nak makan puas-puas, sambung Deana. Hari-hari pun makan puas-puas juga kan ?. gurau Neyta. Lalu keempat-empat sahabat baik itu meninggalkan kawasan dewan peperiksaan dan menuju ke dewan makan bagi mengisi perot masing-masing. Fizi, apahal monyok ni ?. Tegur Neyta yang dari tadi nampak Fizi tak ada mood. Aku risau la pasal paper  tadi, banyak yang aku jawab macam salah ja. Relex la babe, let by gone be by gone la. Jawab Deana yang muncul dari belakang. Deanan yang suka akan bahasa ingeris membuatkan dia selesa bertutur bahasa campur, walaupun dia seorang anak gadis melayu. Deana yang obses dengan perkataan makan, mendahului sahabat-sahabatnya yang lain dan berada paling hadapan dalam barisan bagi mengambil makanan. Abang R, cepat la, I lapar ni. Sapa Deana dengan muka kempunannya. Jap la,aku nak ambil lauk lagi satu. Jawab Abang R ringkas. Abang R digelar sebegitu kerana bunyi motornya yang bising seperti mat rempit, sehinggakan semua warga sekolah boleh mengenali buyi motornya. Sambil Neyta memegang pingganya, dia mengangkat tangannya sebelah lagi lalu membentukkan senyuman dibibir yang ditujukan khas buat Fizi yang diperhatikannya dari jauh. Fizi hanya tersenyum kecil. Huh! Semua dah kemas, letihnya badan, keluh Meeza seorang diri. Meeza memang seorang yang suka mengemas dan membuat kerja diawal waktu. Meeza menarik tuala dan bekas mandiannya lalu menuju ke bilik mandi. Oiii Neyta, tak nak mandi ka?. Lawa sangat la tidur dengan baju sekolah tu?. Selohor Meeza sambil menitiskan air dari rambutnya ke muka sahabat karibnya. Pukul berapa dah?. Soal Neyta separuh sedar. Lima petang. Jawab Meeza ringkas. Oh, ok, aku mandi dulu eh. Ikot weyh, sampuk Deana. Aku pun, Fizza turut bersuara. I follow, kedengaran suara Qesha yang lemah lalu naik ke kayangan semula. Biarlah dia tu, lagi pun bukan ada aktiviti petang ni. Soffi bersuara. Sesudah mandi, ketiga-tiga sahabat sebilik tadi pun pulang ke bilik. Sambil ketawa riang mereka memasuki bilik. Malam ni ada dinner kan?. Soal Deana. Nak makan lagi la tu, melawak Soffi. A’ah, dengar cerita malam ni ada makanan-makanan hebat, mesti best kan. Sambung Neyta. Hurmm, lepas ni tak dapat dah la nak gedik sama-sama. Qesha menambah. Kan ada facebook?. Meeza member idea. Betul tu. Sokong Neyta. Kita tetap sahabat dan tak akan berpisah. Ok?. Sambung Neyta sambil memeluk erat sahabt biliknya. Kita satu sahabat satu keluarga. Deana bersuara dengan penuh semangat, ala-ala berkempen. 

No comments:

Post a Comment