Tuesday, November 29, 2011

Gadis Kawasaki (babak 4) [lepas rindu rumah kami]

When your gone the pieces of my heart are missing you. Lagu when your gone dendangan Avril Lavigne rancak bermain dari usb port memecahkan kesyunyian kereta. Neyta yang fokus akan pemanduannya hanya memaimingkan mulutnya sahaja. Meeza pula sibuk berbalas massage dengan siapa entah. Cause we belong together now yeah, forever united here somehow. My life would suck without you nyanyian Kelly Clarkson dari lappynya memecahkan diam bilik tidur soffi. Gambar Neyta bertualakan tudung di skrin telefon bimbitnya terpampang luas. Disentuhnya kekunci ‘call’. Korang dekdat mana dah? Soal soffi tanpa memberi salam. Wa’laikumsalam. Berhenti makan jap dekat RnR tapah, lepas ni keteorang continue this journey. Assalamualaikum. Pecah ketawa soffi dihujung talian. Insyaallah tak lama lagi sampai la kami kat umah kau tue. Tunggu tau. Neyta berpesan. Ok,I will. Enjoy your meal babe. Balas Soffi lalu talian dimatikan. Alhamdulillah, selamat sampai juga akhirnya. Cetus hati Neyta sebaik memakir kereta dilaman rumah soffi. Buat la mcm rumah sendiri ya. Soffi bersuara. Maklumlah mak bapa aku kena out station. So, rumah ni kita punya sekarang. Haha. Sambung soffi lalu gelak besar. Apa plan kau soffi ?. soal Meeza sambil mengangkat begnya ke tingkat atas. Kita pergi main ice skate. Boleh rilek sikit. Lepas tu, bowling ke, wayang ke. Balas soffi sambil menunjukkan bilik tetamu. Malam itu ketiga-tiga sahabat baik ini pon berkumpul dan mulalah membuka cerita masing-masing. Maklumlah sudah hampir 5 bulan tidak bersua. Pelbagailah yang hendak dikongsikan. Weyh, dah dekat pukul 3 pagi la. Tido lah. Meeza bersuara sambil menguap dan ditutup mululnya dengan belakang telapak tangan kiri. Betul tu, esok nak berskate pulak. Soffi mengalihkan pandangan kepada Neyta. Tidur dah kawan aku sorang ni. Sambung soffi. Letih memandu agaknya soffi. Balas Meeza sambil membuka ikatan rambutnya. Susah tak main ice skate soffi ?. soal Meeza membetulkan kedudukan kasut skatenya. Tak la. Easy, just licin sikit dari kasut roda. Soffi memakai glove. Boleh la main langgar-langgar jap lagi. Neyta senyum sinis lalu bergerak masuk ke kawasan ais. Hai, Meeza sayang, jauh datang. Jay menyapa dari belakang. Macam mana mamat romeo ni muncul kat sini?. Soal Neyta sendirian yang berdiri disisi Meeza dari tadi. Sayang ?. kepala hotak kau. Aku datang bercuti sambil melawat sahabat sebilik tu. Muncung bibir Meeza ke arah soffi yang laju meluncur di hujung sana. Jay, Fizi apa cerita hah?. Lama aku tak nmpk dia kat area rumah aku. Soal Neyta ingin tahu. Dia pindah johor la, dah bnyak bulan kan?. Takkan dia tak mention kau ? balas jay sejurus bertanya. Tak pon, lenyap mcm tu ja. Neyta senyum tawar. Jay dan Fizi bersahabat baik dari tingkatan satu lagi dan mereka bertemu kembali di sekolah berasrama selepas Jay berpindah ke KL ketika tingkatan dua. Sekarang pula, fizi berpindah ke johor kerana bapanya ditukarkan tempat kerja. Jay dan Fizi saling mengenali dengan rapat. Kau rindu dia ke Neyta?. Jay senyum lebar. Aku tanya je la, merepek pula. Neyat buat-buat cover. Aku hairan la juga, slalunya pergi mana-mana mesti jumpa dia. Lepas amek lesen hari tu terus hilang. Alah, aku bukan ada apa-apa pun dengan dia. Lebar Neyta berceloteh. Meeza dan Jay pula selalu bersama kerana mereka rakan kumpulan belajar ketika dibangku sekolah, jadi mereka banyak bergurau senda yang pelik-pelik. Jika orang luar dengar cara bahasa yang mereka tuturkan, mesti dianggap budak tiada budi bahasa. Bahasa yang digunakan pula agak kasar. Hampir separuh hari dihabiskan dengan aktiviti meluncur ais. Hujung minggu Neyta dihabiskan di KL bersama rakan sekolahnya yang sudah ada perubahan walaupun hanya baru lima bulan mereka tidak bersemuka.

Gadis Kawasaki (babak 3) [sekolah baru sekali sahaja]

Ketika menunggu giliran bagi melakukan praktikal menunggang motosikal, pandangan Neyta terhenti pada seorang mamat yang sedang melakukan praktikal motosikal berkuasa tinggi. Macam Fizi, tapi tak mungkinlah, dia kan menetap jauh dari kawasan sini. Bersoal jawab Neyta sendirian. Neyta Farzana. Laung pekerja pusat memandu sekali sahaja itu dengan lantang. Neyta mengangkat punggungnya lalu menuju ke motosikal yang keadaannya bagai hidup segan mati tidak mahu. Neyta memakai topi kaledar yang buruk lagi berbau dengan penuh kesabaran. Lakukan yang terbaik sayag, jangan kecewakan selendang aku yang dah melekat bau masam ni. Pesan Neyta kepada motosikal yang berpuluh tahun itu. Neyta tidak rasa gementar sedikit pun, kerana dia sudah biasa menunggang motosikal dirumahnya. Neyta berhenti bagi menunggu giliran membuat brek kecemasan, dia terpaling ke arah Fizi yang dikatakannya sebentar tadi. Mamat yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu pun tersenyum. Sah! Memang Fizi. Cetus hatinya. Mengapa pula dia ada disini, ketika aku menunggang kuda pula tu. Hati Neyta bersuara lagi. Selepas menghabiskan 10 pusingan di dalam litar, Neyta melakukan double stand sebagai penutup praktikalnya hari ini. Sedang dia memijak tongkat dua itu, DEBANG! Apahal la kau jatuh moto?. Soal Neyta. Datang Fizi menolong Neyta mengangkat motosikal yang terbalik itu. Kau ok Neyta?. Soal Fizi sedangkan Neyta tidak apa-apa. Lah, yang terbalik moto, bukan aku, haish!. Hati Neyta bersuara dan tersenyum. Terima kasih. Balas Neyta. Sama-sama. Jawab Fizi ringkas. Baru babak percintaan ala-ala derama korea dalam salji di tengah petang hendak bermula…..aiyoo adik, longkat lua pun lagi boleh latuh ka?. Apa pasai lagi ada angau meyh?. Bising apek cina yang bertugas ketika itu. Fizi tersenyum. Aku balik dulu Neyta. Fizi bersuara. Eh jap, jom la minum dulu kat kafe, lagi pun ada hal yang nak dibualkan. Terang Neyta. Boleh juga, Fizi menjawab dengan muka gembira. Neyta menghirup susu berperisa cokelat cap dutch lady dan memulakan perbualan. Kau dah lama ka meminati motosikal besar ini?. Dari aku tingkatan tiga lagi, lagipun papa aku memilikinya dirumah. Terang Fizi. Kau tak nak ambil lesen ni?. Boleh la kau tunggang motosikal papa aku kelak. Sambung Fizi. Teringin pula aku bila tengok kau tunggangnya tadi, tapi nanti apa pula kata orang tua aku ?. Balas Neyta. Kau janganlah beritahu keluarga kau. Fizi memberi idea jahatnya.  Kalau apa-apa jadi dekat aku kau tanggung?. Soal Neyta. Fizi terdiam. Pon…Pon…Pon… Neyta aku balik dulu ya, maaf la tak sempat nak borak panjang, van sudah sampai. Fizi sempat melambai sebelum van bergerak pergi. Neyta pula bergerak ke tapak praktikal kereta. Keesokan harinya, Neyta mendaftar bagi mengabil lesen B (full) tanpa pengetahuan orang tuanya. Dia juga berharap agar Fizi tidak akan tahu hal ini, sedangkan ianya mustahil kerana mereka belajar di pusat yang sama. Beberapa bulan berlalu, kini Neyta ialah pemegang lesen kelas B dan D yang sah tetapi masih dalam tempoh percubaan. Oleh sebab Neyta mahu merahsiakan perkara lesen motosikal berkuasa tingginya dari Fizi, sekarang baru dia sedar bahawa pertemuannya dengan Fizi tempoh hari adalah yang pertama dan terakhir  di puasat memandu sekali sahaja. Mungkin tiada jodoh. Papa, ini lesen Neyta. Boleh Neyta pandu kerata papa?. Soal Neyta setibanya dirumah. Tengok sini. Minta papanya. Dengan perasaan teruja Neyta memberikan lesennya. Aduh! B (full), mati aku. Hati Neyta gelisah. Lawa la anak papa dalam lesen ni. Puji bapa kesayangannya. Malam nanti kita keluar Neyta pandu. bapanya bersuara seperti biasa. Neyta hairan. Tengok gambar ja ka ?. Selamat aku. Neyta menarik nafas lega.  

Gadis Kawasaki (babak 2) [rumah ku syurga ku]

Neyta, bangun subuh. Macam mana la Neyta disekolah , dah sebulan dirumah mama yang kejutkan Neyta bangun subuh……. Bla…bla…bla, mama ni, asal kejutkan je mesti dengan beletir sekali. Pakage agaknya. Bebel Neyta sendirian lalu masuk ke bilik air. Selesai menunaikan solat subuh, Neyta berniat baik untuk menyambungkan lenanya. Sedang dia asyik bergolek diatas katilnya bagai ayam golek, dia teringat akan kotak yang diberi Fizi tempoh hari. Apasal pulak muncul nama mamat ni dalam otak aku?. Soal Neyta dengan sedikit janggal. Neyta menyalakan lampu dan menuju ke penjuru bilik, dimana kesemua barang dari asrama masih berada disitu sedangkan sudah sebulan dia berada dirumah. Kotak…kotak…kotak, mananya ni?. Soal diri Neyta. Setelah meneriksa beberapa buah beg. Hah! Jumpa pun. [ aku harap kau akan baca nukilan ni, aku sebenarnya nak cakap pasal benda ni, tapi aku tak cukup berani nak bercakap face to face dengan kau. Aku sebenarnya dah lama perhatikan kau, aku rasa kau sahaja yang lain dari yang lain, emm… macam ni. Sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Tempoh hari aku bukan risaukan pasal  paper yang kita ambil tu, aku risaukan perkara ini la, tapi aku terpaksa berbohong ketika itu. Aku harap kau boleh pertimbangkan perkara ni. Seandainya isi surat yang aku tulis ni menbuatkan kau tak selesa, aku mintak maaf, aku juga berharap kita masih boleh jadi kawan seperti mana kita sekarang. Aku harap kau boleh simpan hadian ni baik-baik. Aku bagi kau barang ni sebab aku sukakannya seperti mana aku sukakan kau. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. ~Fizi~ ] itulah isi lipatan kertas yang berbentuk hati dan dilekatkan diatas kotak berwarna biru laut. Lah, mat bunga juga seorang ni, tapi dia handsome, pandai, sudahlah anak orang senang pula tu. Ish, mana boleh nak berkawan dengan dia sebab  dia anak orang kaya, Neyta-Neyta, jahatnya. Hati baik Neyta bersuara. Neyta membuka kotak berwarna biru laut itu dan dia agak hairan dengan hadiah yang diberikan Fizi. Kenapa dia bagi aku motosikal mainan ni?. Tak boleh gerak pulak tu. Tak paham la aku dengan mamat korea ni. Hurmm… cetus hati Neyta. Fizi digelar sebegitu kerana kulitnya yang putih dan fesyen rambutnya yang ala-ala korea itu menjadi tumpuan ramai disekolah. Ok cik motosikal, duduk dalam almari ni elok-elok, jangan rempit-rempit ya. Kata Neyta sambil meletakkan motosikal mainan itu ke dalam almari hiasan bersebelahan keybord muzik kesayangannya. Neyta kembali ke atas katil hanya Fizi yang bermain dimindanya, pelbagai persoalan muncul, apatah lagi dengan motosikal yang diberkan. Ahhh… semak ja semua ni. Neyta menolak-nolak rambut panjangnya. Sudahlah, baik aku turun bawah tolong mama siapkan sarapan. Papa sarapan sudah siap, jemput la. Sapa Neyta kepada papanya yang baru turun dari tingkat atas. Pergi panggil adik. Pinta bapanya. Wow adik, makan woiii, lambat pergi sekolah nanti. Jerit Neyta lantang kerana malas mahu naik keatas. Kenapa anak dara mama ni sopan sangat?. Perli Puan Huda. Neyta tersenyum sambil melangkah ke anak tangga untuk naik ke atas. Neyta mengetuk pintu bilik adik lelakinya, abang, tak siap lagikah?. Cepat la, mama bising nanti. Krekk. Bunyi pintu dibuka. Sudah siap. Berdiri tegak adik lelakinya dihadapan pintu dengan gaya rambut landaknya. Neyta bergerak ke bilik adik perempuannya pula. Belum sempat Neyta mengetuk pintu, adik bongsunya keluar sambil berlari. Kakak tunggu apa?. Soal Amani Maisarah yang berusia 10 tahun sambil melulu turun kebawah. Kenapa adik lari tadi?. Soal Neyta setibanya di meja makan. Adik lapar la, dari semalam adik tak makan, adik tidur awal semalam. Jelas adiknya sambil mengambil sepotong sandwich. Pukul 10 Neyta ikut mama ya. Soal ibu Neyta. Pergi mana mama?. Giliran neyta bertanya. Nak beli barang sikit. Jawab mamanya. Baiklah. Balas Neyta ringkas. Adik nak ikut. Amani Maisarah bersuara dengan mimit muka masamnya. Adik pergi sekolah, nanti hujung minggu papa bawa adik keluar, boleh?. Encik Zabidi memujuk anak kecilnya. Jangan bawa kakak. Anak bongsu itu bersuara seolah-olah ingin membalas demdam. Ye la, kakak tak ikut. Neyta membenarkan kata bapanya supaya adiknya berpuas hati.

Gadis Kawasaki (babak 1) [bye kain biru hey seluar jeans]

Yeah! Sukanya dah habis SPM. Neyta keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman kecil dibibir. Apa yang kau senyumkan Neyta ?. Soal Meeza. Seronkonya dah habis SPM, macam baru hilang beban melukung seekor gajah, haha. Jawab Neyta riang. So, kau boleh jawab la tadi?. Fizza muncul dari belakang. Alhamdulillah, semua boleh, tapi tak tahu la betul ke tidak. Balas Meeza, seolah-olah dia yang disoal Fizza. Neyta tersenyum dan bersuara. Sudah dijawab soalan tu oleh minah kepoh seorang ni. Oiii, makan jom, lapar la. Tegur Deana yang sedang membetulkan tali beg di bahunya. Makan je kerja kau kan?. Soal Fizza sambil bola matanya dibeliakkan. Yes, meraikan freedom. Jawab Deana semangat sambil tangannya digemggam ke atas. Hari ni aku nak makan puas-puas, sambung Deana. Hari-hari pun makan puas-puas juga kan ?. gurau Neyta. Lalu keempat-empat sahabat baik itu meninggalkan kawasan dewan peperiksaan dan menuju ke dewan makan bagi mengisi perot masing-masing. Fizi, apahal monyok ni ?. Tegur Neyta yang dari tadi nampak Fizi tak ada mood. Aku risau la pasal paper  tadi, banyak yang aku jawab macam salah ja. Relex la babe, let by gone be by gone la. Jawab Deana yang muncul dari belakang. Deanan yang suka akan bahasa ingeris membuatkan dia selesa bertutur bahasa campur, walaupun dia seorang anak gadis melayu. Deana yang obses dengan perkataan makan, mendahului sahabat-sahabatnya yang lain dan berada paling hadapan dalam barisan bagi mengambil makanan. Abang R, cepat la, I lapar ni. Sapa Deana dengan muka kempunannya. Jap la,aku nak ambil lauk lagi satu. Jawab Abang R ringkas. Abang R digelar sebegitu kerana bunyi motornya yang bising seperti mat rempit, sehinggakan semua warga sekolah boleh mengenali buyi motornya. Sambil Neyta memegang pingganya, dia mengangkat tangannya sebelah lagi lalu membentukkan senyuman dibibir yang ditujukan khas buat Fizi yang diperhatikannya dari jauh. Fizi hanya tersenyum kecil. Huh! Semua dah kemas, letihnya badan, keluh Meeza seorang diri. Meeza memang seorang yang suka mengemas dan membuat kerja diawal waktu. Meeza menarik tuala dan bekas mandiannya lalu menuju ke bilik mandi. Oiii Neyta, tak nak mandi ka?. Lawa sangat la tidur dengan baju sekolah tu?. Selohor Meeza sambil menitiskan air dari rambutnya ke muka sahabat karibnya. Pukul berapa dah?. Soal Neyta separuh sedar. Lima petang. Jawab Meeza ringkas. Oh, ok, aku mandi dulu eh. Ikot weyh, sampuk Deana. Aku pun, Fizza turut bersuara. I follow, kedengaran suara Qesha yang lemah lalu naik ke kayangan semula. Biarlah dia tu, lagi pun bukan ada aktiviti petang ni. Soffi bersuara. Sesudah mandi, ketiga-tiga sahabat sebilik tadi pun pulang ke bilik. Sambil ketawa riang mereka memasuki bilik. Malam ni ada dinner kan?. Soal Deana. Nak makan lagi la tu, melawak Soffi. A’ah, dengar cerita malam ni ada makanan-makanan hebat, mesti best kan. Sambung Neyta. Hurmm, lepas ni tak dapat dah la nak gedik sama-sama. Qesha menambah. Kan ada facebook?. Meeza member idea. Betul tu. Sokong Neyta. Kita tetap sahabat dan tak akan berpisah. Ok?. Sambung Neyta sambil memeluk erat sahabt biliknya. Kita satu sahabat satu keluarga. Deana bersuara dengan penuh semangat, ala-ala berkempen.