Tuesday, November 29, 2011

Gadis Kawasaki (babak 2) [rumah ku syurga ku]

Neyta, bangun subuh. Macam mana la Neyta disekolah , dah sebulan dirumah mama yang kejutkan Neyta bangun subuh……. Bla…bla…bla, mama ni, asal kejutkan je mesti dengan beletir sekali. Pakage agaknya. Bebel Neyta sendirian lalu masuk ke bilik air. Selesai menunaikan solat subuh, Neyta berniat baik untuk menyambungkan lenanya. Sedang dia asyik bergolek diatas katilnya bagai ayam golek, dia teringat akan kotak yang diberi Fizi tempoh hari. Apasal pulak muncul nama mamat ni dalam otak aku?. Soal Neyta dengan sedikit janggal. Neyta menyalakan lampu dan menuju ke penjuru bilik, dimana kesemua barang dari asrama masih berada disitu sedangkan sudah sebulan dia berada dirumah. Kotak…kotak…kotak, mananya ni?. Soal diri Neyta. Setelah meneriksa beberapa buah beg. Hah! Jumpa pun. [ aku harap kau akan baca nukilan ni, aku sebenarnya nak cakap pasal benda ni, tapi aku tak cukup berani nak bercakap face to face dengan kau. Aku sebenarnya dah lama perhatikan kau, aku rasa kau sahaja yang lain dari yang lain, emm… macam ni. Sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Tempoh hari aku bukan risaukan pasal  paper yang kita ambil tu, aku risaukan perkara ini la, tapi aku terpaksa berbohong ketika itu. Aku harap kau boleh pertimbangkan perkara ni. Seandainya isi surat yang aku tulis ni menbuatkan kau tak selesa, aku mintak maaf, aku juga berharap kita masih boleh jadi kawan seperti mana kita sekarang. Aku harap kau boleh simpan hadian ni baik-baik. Aku bagi kau barang ni sebab aku sukakannya seperti mana aku sukakan kau. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku. ~Fizi~ ] itulah isi lipatan kertas yang berbentuk hati dan dilekatkan diatas kotak berwarna biru laut. Lah, mat bunga juga seorang ni, tapi dia handsome, pandai, sudahlah anak orang senang pula tu. Ish, mana boleh nak berkawan dengan dia sebab  dia anak orang kaya, Neyta-Neyta, jahatnya. Hati baik Neyta bersuara. Neyta membuka kotak berwarna biru laut itu dan dia agak hairan dengan hadiah yang diberikan Fizi. Kenapa dia bagi aku motosikal mainan ni?. Tak boleh gerak pulak tu. Tak paham la aku dengan mamat korea ni. Hurmm… cetus hati Neyta. Fizi digelar sebegitu kerana kulitnya yang putih dan fesyen rambutnya yang ala-ala korea itu menjadi tumpuan ramai disekolah. Ok cik motosikal, duduk dalam almari ni elok-elok, jangan rempit-rempit ya. Kata Neyta sambil meletakkan motosikal mainan itu ke dalam almari hiasan bersebelahan keybord muzik kesayangannya. Neyta kembali ke atas katil hanya Fizi yang bermain dimindanya, pelbagai persoalan muncul, apatah lagi dengan motosikal yang diberkan. Ahhh… semak ja semua ni. Neyta menolak-nolak rambut panjangnya. Sudahlah, baik aku turun bawah tolong mama siapkan sarapan. Papa sarapan sudah siap, jemput la. Sapa Neyta kepada papanya yang baru turun dari tingkat atas. Pergi panggil adik. Pinta bapanya. Wow adik, makan woiii, lambat pergi sekolah nanti. Jerit Neyta lantang kerana malas mahu naik keatas. Kenapa anak dara mama ni sopan sangat?. Perli Puan Huda. Neyta tersenyum sambil melangkah ke anak tangga untuk naik ke atas. Neyta mengetuk pintu bilik adik lelakinya, abang, tak siap lagikah?. Cepat la, mama bising nanti. Krekk. Bunyi pintu dibuka. Sudah siap. Berdiri tegak adik lelakinya dihadapan pintu dengan gaya rambut landaknya. Neyta bergerak ke bilik adik perempuannya pula. Belum sempat Neyta mengetuk pintu, adik bongsunya keluar sambil berlari. Kakak tunggu apa?. Soal Amani Maisarah yang berusia 10 tahun sambil melulu turun kebawah. Kenapa adik lari tadi?. Soal Neyta setibanya di meja makan. Adik lapar la, dari semalam adik tak makan, adik tidur awal semalam. Jelas adiknya sambil mengambil sepotong sandwich. Pukul 10 Neyta ikut mama ya. Soal ibu Neyta. Pergi mana mama?. Giliran neyta bertanya. Nak beli barang sikit. Jawab mamanya. Baiklah. Balas Neyta ringkas. Adik nak ikut. Amani Maisarah bersuara dengan mimit muka masamnya. Adik pergi sekolah, nanti hujung minggu papa bawa adik keluar, boleh?. Encik Zabidi memujuk anak kecilnya. Jangan bawa kakak. Anak bongsu itu bersuara seolah-olah ingin membalas demdam. Ye la, kakak tak ikut. Neyta membenarkan kata bapanya supaya adiknya berpuas hati.

No comments:

Post a Comment